PROGRAM COMBI SMKTBB,2016
Pada 20 Julai 2016, telah berlangsung sebuah program "Communication for Behavioural Impact" atau dikenali sebagai COMBI dengan kerjasama Kelab Combi Sekolah dan Klinik Kesihatan Gunung Pasir,Kuala Pilah.Program ini disertai oleh pelajar tingkatan 2 dan tingkatan 4 SMKTBB.
Malam sebelum program,kami tak dapat tidur sebab excited sangat nak join program ni.Sebelum ni kami selalu je join COMBI ni, tapi since pt3 kami pencen sekejap.So, ni kire first aktiviti yang kami join after pt3.Tambah-tambah kami telah dilantik sebagai fasilitator program ni.Alang-alang dah sebut pasal COMBI ni, kami nak share sikit pasal COMBI ni.COMBI??? korang pernah dengar tak?HA!!cara nak sebut perkataan ni "KOMBI" tau bukan "COMBI.
Secara ringkasnya, maksud COMBI ni adalah singkatan bagi Communication for Behavioural Impact atau dalam Bahasa Melayunya adalah kita menggunakan komunikasi untuk mengubah tingkahlaku manusia. Tingkahlaku yang diamalkan dalam COMBI ini adalah :-
- PERIKSA tempat-tempat normal bagi nyamuk aedes membiak seperti bekas berisi air sama ada di dalam atau di luar rumah.
- SEGERA ke klinik / hospital berdekatan jika terdapat tanda-tanda demam kerana dikhuatiri ia bukan demam biasa tetapi demam denggi
kalau korang nak dapatkan maklumat lebih pasal COMBI ni kami sarankan korang search link ni.Comfirm faham.
Dalam pukul 7.30 pagi, kami telah diarahkan untuk sarapan pagi.Then, kami uruskan pendaftaran adik-adik tingkatan 2.Lepas dah bahagi-bahagi kumpulan,kami pon start cari kawasan yang berpotensi untuk pembiakan nyamuk aedes.
NYAMUK AEDES ... semua pernah dengar kan pasal makhluk halus ni.Tapi,, korang tau tak betapa bahayanya nyamuk ni.Bak kata pepatah"kecil-kecil cili padi" kalau korang nak tau pasal nyamuk ni lebih lanjut,,korang tinjau2 lah link ni
Program kami turut diisi dengan aktiviti ceramah, kuiz, dan lain-lain.Program ni diakhiri dengan jamuan makan.
Harapan kami dalam program ni supaya para pelajar dapat menjadi seorang yang lebih prihatin dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.Semoga mereka semua dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan sepenuh hati sekali gus dapat menjadi "role model" kepada pelajar-pelajar yang lain.
GAMBAR PROGRAM
Pelajar sedang bergotong-royong mencari dan menghapuskan tempat yang berpotensi pembiakan nyamuk aedes
Hasil daripada aktiviti pembersihan kawasan pembiakan Nyamuk Aedes